Thursday 8 December 2016

INFO BERKAITAN FOTOGRAFI

APA ITU FOTOGRAFI?

Fotografi adalah suatu seni melukis melalui cahaya. Oleh itu, cahaya sangat penting dalam bidang fotografi. Jumlah cahaya yang digunakan untuk membentuk suatu gambar bergantung pada Kepekaan media (ASA/ISO), Kecepatan/Shutter Speed dan Diafragma.

EXPOSURE





Exposure atau lebih dikenali sebagai pendedahan jumlah cahaya per unit luas yang telah diterima oleh filem fotografi atau sensor sesebuah imej eletronik. Kamera akan mengawal jumlah cahaya dalam dua cara iaitu melalui jumlah masa shutter di buka dan melalui saiz aperture pada lensa yang menyebabkan esposure yang sama dapat diperolehi daripada pelbagai kombinasi  shutter speed dan aperture. Semua kamera SLR mempunyai meter cahaya yang yang terletak di sebelah lensa. fungsinya adalah untuk mengetahui jumlah exposure yang diperlukan bagi sesuatu objek dengan menggunkan film speed. jumlah cahaya akan diukur sekali lagi dengan menggunkan skala separuh dan berganda.Film speed perlu ditetap dengan tepat bagi memperoleh bacaan exposure dengan tepat.




APERTURE




Aperture adalah kadar bukaan cahaya yang mengawal kemasukan segala bentuk cahaya untuk terus kepada image sensor atau filem. Jika semakin besar bukaaan tersebut maka semakin banyak cahaya yang akan dipantulkan dan ditangkap oleh imej sensor atau filem dan begitulah jika ia sebaliknya. Dalam fotografi, aperture dikenali dengan simbol f contohnya f/2.8. Kadar bukaan yang besar lazimnya mempunyai nombor yang lebih kecil. Contohnya, f/5.6 lebih besar berbanding f/32.


SHUTTER SPEED



Shutter speed ialah kadar kelajuan shutter yang ditutup apabila sesuatu imej ditangkap. Keadaan ini kaan menentukan berapa lama imej akan terdedah kepada cahaya. semakin laju shutter speed semakin 'sharp' imej yang akan ditangkap.seblakinya jika perlahan shutter speed, semakin 'blur' imej yang akan ditangkap. shutter speed akan ditentukan dalam unit saat, contohnya 1/1000s lebih laju berbanding 1/500s. hal ini kerana kebolehan untuk menukar speed membuatkan gambar yang ditangkap nampak menarik.


COMPOSITION

Komposisi ialah merupakan teknik untuk meletakkan subjek di dalam gambar. komposisi terdiri daripada elemen seperti Rule Of Third, keseimbangan, garisan, simetri, kedalaman dan framing. komposisi yang betul akan menjadikan sesebuah gmabar menarik. komposisi akan membezakan antara satu gambar dengan gambar yang lain.


RULE OF THIRD


\


Rule of third adalah teori berkenaan komposisi gambar. Sekiranya ingin  menggunakan teori ini, ia perlu membayangkan 2 garis menegak dan 2 garis melintang dalam viewfinder. Garisan-garisan ini hendaklah menghasilkan 9 bahagian yang sama besar.  Untuk menepati teori rule of third, subjek  perlu berada pada mana-mana titik pertemuan garisan-garisan ini. Ada 4 titik pertemuan kesemuanya. Jika ia tidak dapat meletakkan subjek pada salah satu titik pertemuan ini, sekurang-kurangnya, subjek hendaklah berada hampir dengan titik pertemuan ini. Menurut kajian, jika subjek  berada pada salah satu titik pertemuan garisan menegak dan melintang ini, subjek akan jadi lebih ‘outstanding’ atau menyerlah di dalam gambar.

DEPTH OF FIELD

Depth of Field ialah terma yang diguna pakai untuk menunjukkan kawasan dihadapan dan dibelakang focus point utama (subjek) yang akan kekal “sharp” atau berada didalam fokus. Depth of fields dipengaruhi oleh aperture, jarak subjek, focal length, dan saiz atau format filem atau sensor. Aperture yang luas seperti F/1.2 atau F1.8 mempunyai depth of field yang sedikit. Apa-apa subjek yang berada dihadapan atau dibelakang focus point utama akan kelihatan kabur. Aperture yang kecil seperti F/11 atau F/16 mempunyai depth of field yang lebih dalam. Subjek yang terletak didalam sesuatu range dihadapan ataupun dibelakang focus point utama akan kelihatan sharp. 


BALANCE


Balance atau keseimbangan  adalah cara untuk meletakkan subjek, lebih kurang sama seperti Rule of Third, cuma ada subjek lain untuk menyeimbangkan subjek utama. White balance (WB) pula adalah satu proses mengasingkan warna yang tidak realistik. Dalam keadaan ini objek ‘putih’ pada sesuatu subjek akan dibaca sebagai warna putih  di dalam gambar. White balance yang sempurna akan diambil kira dari segi suhu warna atau lebih dikenali dengan ‘color temperature’ dari sesuatu sumber cahaya.

No comments:

Post a Comment